suria

Nasib tak baik, 2 remaja kena kejar ketika cuba pecah masuk rumah peninju profesional

Casey mengejar dua remaja yang cuba memecah masuk rumahnya. foto IG @caseycaswell

NASIB malang menimpa dua remaja apabila mereka cuba memecah masuk ke rumah peninju kelas cruiserweight Australia, Casey Caswell.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu dirakamkan menerusi kamera keselamatan.

Rakaman menunjukkan bintang tinju itu mengejar kedua-dua remaja berkenaan sehingga ke jalan raya di luar kediamannya di Gold Coast.

Ketika kejadian, isteri Casey yang hamil bersama anak perempuan berada di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Langsung tak cam! Peninju ikonik banyak berubah selepas bersara

Rakan seperjuangannya, Demsey McKean memberi respons terhadap perkongsian klip rakaman kamera keselamatan tersebut di media sosial.

"Casey melakukan apa yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja. Inilah cara untuk mengajar orang-orang yang terkutuk, yang cuba memecah masuk rumah anda.

"Rakan saya merupakan peninju profesional dan juara Australasia. Mereka memilih rumah yang salah untuk diganggu," kata McKean kepada Queensland Times.

Menurut News AU, Casey menjelaskan tindakannya itu kerana mahu melindungi keluarganya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain