suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengendali Thailand akui gol kedua Harimau Malaya tidak patut dibatalkan

Jurulatih Thailand mengakui gol kedua Harimau Malaya adalah sah.

KEKECEWAAN dari keputusan pengadil perlawanan, Kim Dae Yong untuk membatalkan gol kedua Harimau yang dijaringkan Dominic Tan masih belum surut.

Gol tersebut dibatalkan kerana pengadil perlawanan mendakwa berlaku kekasaran di antara pemain Harimau Malaya dan pemain Thailand dalam kotak penalti.

Harimau Malaya yang sepatutnya berada selesa di hadapan dengan jaringan dua gol kini hanya membawa bekalan satu gol untuk perlawanan timbal balik Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, malam ini.

Perkara lebih memeritkan untuk penyokong Harimau Malaya apabila pengendali Thailand, Alexandre Polking sendiri mengakui gol tersebut adalah sah dan sepatutnya diberikan.

"Secara jujurnya, saya lihat jaringan kedua itu adalah gol. Tetapi insiden itu memakan masa lima minit.

"Kemudian kita dapat peluang menerusi Ekanit (Phaya), penjaga gol terbaring selama dua minit.

"Dengan pelbagai insiden berlaku dan penggantian pemain dilakukan, hanya lima minit masa tambahan diberikan.

"Bukan saya merungut tetapi kami mahu bermain dan saya bercakap demi bola sepak untuk kedua-dua pasukan," katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Thammasat, semalam.

Bekalan tipis yang dibawa Harimau Malaya ke negara jiran bermaksud skuad negara perlu bekerja keras dalam tempoh 90 minit yang getir untuk mempertahankan kelebihan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain