suria

Rumah pertama Ronaldo di Arab Saudi ada 17 bilik, menelan belanja RM1.33 juta sebulan

Ronaldo (kiri) kini bergelar pemain kelab Arab Saudi Al Nassr. foto AFP

RUMAH pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi mempunyai 17 bilik dan berharga £250,000 (RM1.33 juta) sebulan.

Ronaldo melengkapkan perpindahannya yang lumayan ke kelab Saudi, Al Nassr pada minggu lepas.

Bintang bola sepak berusia 37 tahun itu akan menetap di bangunan Kingdom Tower yang turut menempatkan hotel mewah Four Seasons.

Menurut laporan Daily Mail, penyerang itu akan tinggal di Suite Kingdom untuk penginapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Ronaldo mahu tamatkan karier di kelab berprestij, yakin Al Nassr sebagai kelab gergasi Arab Saudi

Dia akan mempunyai ruang yang cukup untuk melakukan apa saja kerana suite itu terdiri daripada dua tingkat yang dilengkapi 17 bilik, di bangunan pencakar langit 99 tingkat, .

Bagaimanapun, bintang Portugal itu itidak akan menjadi terlalu selesa di dalam suite mewah berkenaan kerana dia hanya akan tinggal di sana selama sebulan sehingga mendapat kediaman tetap.

Walau bagaimanapun, suite eksklusif itu yang tidak disenaraikan di laman web hotel, akan menelan belanja sebanyak £250,000 (RM1.33 juta) sepanjang tempoh dia tinggal di sana. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI