suria

Pemain Manchester City, Benjamin Mendy bebas enam tuduhan rogol... mahu bersihkan nama

Mendy bebas daripada enam pertuduhan rogol dan satu serangan seksual melibatkan empat wanita muda.

PEMAIN Manchester City, Benjamin Mendy dilaporkan bebas daripada tuduhan merogol empat wanita, namun dia bakal berdepan dengan perbicaraan kedua pada Jun depan.

Bintang Liga Perdana itu berkata dia 'gembira' dibebaskan daripada beberapa pertuduhan yang dihadapinya dan berharap untuk membersihkan namanya.

Mendy, 28, menunduk dengan tangan di kepalanya sewaktu hakim membebaskannya daripada enam pertuduhan rogol dan satu serangan seksual melibatkan empat wanita muda.

Baki dua lagi pertuduhan akan dibicarakan selepas juri tidak dapat mencapai kata putus ke atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 29 tahun pada 2018 dan cubaan merogol seorang lagi wanita lain berusia 24 tahun pada Oktober 2020.

Perbincangan juri berlangsung kira-kira 67 jam dan 17 minit, selama 14 hari pada kali ini.

Hakim Everett membebaskan Mendy pada Jumaat selepas menamatkan perbicaraan, tetapi pendakwaraya menegaskan mereka mahu perbicaraan semula terhadap 'tuduhan tertunggak'.

Perbicaraan kedua, yang dijangka berlangsung selama dua hingga tiga minggu, telah ditetapkan pada 26 Jun depan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain