suria

Keluarga Pique dakwa Shakira amal ilmu hitam gara-gara letak patung ahli sihir di balkoni

Shakira meletakkan patung ahli sihir berpakaian serba hitam di balkoni rumahnya.

PERGADUHAN antara keluarga bintang bola sepak Sepanyol, Gerard Pique dengan bekas kekasihnya Shakira yang merupakan penyanyi antarabangsa tercetus baru-baru ini.

Difahamkan, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Hips Don’t Lie' itu sengaja meletakkan patung ahli sihir berpakaian serba hitam di balkoni rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan selepas berpisah dengan Shakira, Pique umum bersara

Perkara itu menjadi satu masalah buat keluarga Pique yang masih tinggal di kawasan kejiranan sama dengan Shakira di Barcelona.

Ia mengundang rasa tidak selesa kerana kediaman mereka betul-betul menghadap rumah masing-masing.

Situasi itu disedari oleh ibu kepada Pique sendiri, Montserrat Bernabeu.

Shakira dikatakan mengamal ilmu sihir oleh ibu Pique.

Shakira dituduh mengamalkan ilmu sihir oleh ibu Pique.

Susulan daripada masalah tercetus, pekerja Shakira diarahkan untuk mengalih patung ahli sihir berkenaan.

Namun, Shakira kemudiannya meletakkan semula patung itu di tempat yang sama selepas pekerjanya pulang.

Perkara tersebut membuatkan ibu Pique risau sekiranya penyanyi itu sedang mengamalkan upacara ilmu hitam.

Malah, patung ahli sihir itu juga diletakkan di balkoni selepas lagunya iaitu ‘Out of Your League’ telah memecah rekod striming di YouTube kerana liriknya yang dikatakan menyindir Pique berikutan isu curang terhadap dirinya. -GEO

Jadilah sebagaian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain