suria

Guardiola perlu waspada fleksibiliti Tuchel

KREATIVITI Tuchel bakal menjadi sandaran Chelsea ketika melayan kunjungan Man. City di Stamford Bridge malam ini. — Reuters

BEKAS pemain Chelsea, Pat Nevin memuji fleksibiliti yang diterapkan oleh pengurus Thomas Tuchel dalam formasi skuad The Blues.

Menurutnya, Manchester City yang dikendalikan Pep Guardiola wajar berwaspada dengan strategi tersebut menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kepa hero Chelsea - Tuchel

ARTIKEL BERKAITAN: Tuchel gembira Chelsea lebarkan rekod tanpa kalah

"Perkara paling menarik tentang Tuchel adalah beliau boleh mengubah permainan pasukan daripada 3-4-3 kepada 3-5-2.

"Tuchel fleksibel dalam memainkan dua formasi tersebut. Para pemain Chelsea juga mampu bermain dengan baik," katanya.

Jelas Nevin, Chelsea berdepan kebuntuan pada separuh masa pertama ketika menentang Tottenham Hotspur pada saingan EPL minggu lalu.

Tuchel kemudiannya menukar formasi 3-5-2 dengan memasukkan N'Golo Kante bagi menggantikan Mason Mount pada separuh masa kedua.

Percaturan tersebut nyata berhasil apabila Chelsea memenangi perlawanan terbabit dengan keputusan 3-0.

Kekuatan trio Kante, Jorginho dan Mateo Kovacic di bahagian tengah Chelsea pada babak kedua ternyata menimbulkan masalah kepada skuad Spurs, malahan Kante turut menyumbangkan satu gol dalam perlawanan berkenaan.

Chelsea ketika ini mendahului saingan liga manakala City berada di tangga kelima dengan perbezaan hanya tiga mata. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain