suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepa hero Chelsea - Tuchel

TUCHEL memuji penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga yang bertindak cemerlang menyelamatkan penentuan sepakan penalti. — Getty Images

ASTON Villa memberi tentangan sukar sebelum Chelsea berjaya meraih kemenangan 4-3 menerusi sepakan penalti dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge pada awal pagi Khamis, kata Thomas Tuchel.

Pengendali Chelsea itu berkata, Villa tidak memberikan banyak ruang kepada Chelsea untuk mencipta peluang jaringan, namun gembira pasukannya mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik.

"Ia adalah perlawanan yang bagus, penuh dengan tenaga dan kedua-dua pasukan berusaha untuk memenangi perlawanan ini. Aston Villa juga bermain dengan luar biasa seperti apa yang mereka lakukan 10 hari lalu.

"Kami juga beraksi baik dan ia satu perlawanan yang menarik dan seronok untuk ditonton.

"Saya gembira kerana kami menang. Ia memang perlawanan yang sukar dan sekarang kami mendapat minit perlawanan yang lebih untuk beberapa pemain," katanya.

Dalam perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Timo Werner pada minit ke-54, sebelum Cameron Archer menyamakan kedudukan pada minit ke-64 dan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti.

Tuchel turut memuji penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga yang bertindak cemerlang menyelamatkan penalti Marvelous Nakamba, walaupun sebelum ini dia kehilangan tempat dalam skuad utama The Blues.

"Kepa sekali lagi menjadi hero kami. Dia sangat hebat dalam menyelamatkan sepakan penalti. Ia sangat membantu apabila anda ada pengalaman.

"Kami mencuba yang terbaik dan saya gembira pemain kekal tenang dan melakukan apa yang patut mereka lakukan. Satu kemenangan yang baik kerana ia aksi yang sukar, bagus untuk menang seperti ini," katanya. — Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Thomas Tuchel, Chelsea, Aston Villa

Artikel Lain