suria

'Bossy' atas padang, Ronaldo diramal ganti Solksjaer dalam tempoh 18 bulan lagi

RONALDO dilihat sering memberi arahan kepada rakan sepasukan Manchester United. — Getty Images

CHRISTIANO Ronaldo dijangka akan menjadi pengurus Manchester United, sekurang-kurangnya lagi 18 bulan akan datang, ramal Tim Sherwood.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu juga kini aktif sebagai penganalisis dan pengulas.

Sherwood memberi bayangan sedemikian ketika mengulas mengenai tindakan Ronaldo yang beberapa kali memberi arahan kepada rakan sepasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer, sehingga menimbulkan kritikan oleh bekas pemainnya, Rio Ferdinand.

“Saya tidak fikir ada masalah sekiranya Ronaldo berbuat demikian dan Solksjaer mesti menerima perkara itu. Sekiranya anda membawa masuk pemain sepertinya ke dalam pasukan, anda sudah tentu tahu apa akan terjadi.

“Ronaldo kini adalah berbeza berbanding ketika dia berada di Old Trafford. Dia tahu dia sangat diperlukan dan berasa perlu berdiri sama tinggi dengan pengurus, memberi arahan dan wajar dibenarkan berbuat demikan.

“Tapi, saya tidak begitu yakin dia akan berbuat perkara sama kepada Jose Mourinho. Kita perlu bertanya kepada Ronaldo mengapa dia perlu berdiri memberi arahan.

“Kami melihat dia berbuat demikian (memberi arahan) dalam pasukan kebangsaan dan terbaharu di Euro. Dia diyakini 100 peratus akan menjadi pengurus. Saya yakin dia akan menjadi pengurus Manchester United dalam 18 bulan. Setiap kali Ronaldo berhenti bermain, saya fikir dia akan menjadi pengurus, itu akan menjadi pilihan automatik,” katanya.

Pada masa sama, Sherwood berkata, Solksjaer masih boleh kekal dalam kedudukan sebagai pengurus Manchester United, namun perlu ada syarat sesuai dengannya.

Katanya, sekiranya pasukan itu memenangi salah satu daripada trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Piala FA, Solksjaer akan mengekalkan jawatannya.

Jika tidak, katanya, pasukan itu harus mempunyai calon pengurus baharu.

“Dia (Ronaldo) akan dapat menerajui pasukan itu bersama jurulatih yang lebih berpengalaman seperi Carlos Quieroz, kerana dia mengenali beberapa pemain semasa.

“Walaupun sekarang dia masih pemain tetapi anda dapat saksikan pada akhir minggu ketika latihan, dia membisikkan sesuatu di telinga (Raphael) Varane dan (Harry) McGuire.

"Ronaldo tidak memerlukan kapten untuk menjadi pemimpin. Dia yang akan menjadi contoh dan perkara itu pernah dilakukan ketika bersama-sama United pada masa lalu. Dia kini semakin lantang bersuara,” katanya. — The U.S Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain