suria

Man. United tiada pemain yang sesuai, sebab itu kalah dengan West Ham - Solksjaer

SOLSKJAER tidak menyalahkan permainnya atas kekalahan dengan West Ham dalam aksi Piala Liga awal pagi tadi. — Agensi

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan kekalahan 0-1 di tangan West Ham United dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Old Trafford adalah disebabkan pasukannya tidak mempunyai pemain yang tepat.

Jelas Solskjaer, skuad kendaliannya gagal mematahkan taktik permainan yang diterapkan West Ham pada awal pagi Khamis sebelum tumpas menerusi jaringan tunggal Manuel Lanzini.

"Permulaan yang buruk, namun kemudian kita mempunyai banyak peluang tetapi gagal dimanfaatkan.

"Cubaan agresif kita untuk menjaringkan gol pada akhir perlawanan juga tidak menjadi, kami tidak memiliki pemain yang sesuai untuk berdepan taktikal lawan," katanya.

Tambah Solksjaer, dia mengakui bahawa pasukannya tidak bersedia untuk menghadapi taktik bertahan dan serangan kilat yang diamalkan The Hammers.

"Kami cuba bermain di sekitar mereka, melaluinya, masuk ke belakang mereka tetapi kami tetap tidak mencipta peluang besar untuk mendapatkan gol.

"Terdapat banyak percubaan gol yang dilakukan namun tidak berjaya," ujarnya.

Solskjaer bagaimanapun memberitahu, anak-anak buahnya pasukannya telah memberi yang sehabis baik dalam perlawanan itu dan tidak menyalahkan pemainnya atas kekalahan itu.

"Kami mahu mara tetapi ia satu musim yang panjang. Semua pemain telah berusaha dan saya tidak boleh menyalahkan sikap dan semangat mereka.

"Saingan masih awal, kami tahu akan berhadapan dengan perjalanan yang panjang. Liga Juara-Juara, Piala FA dan Liga Perdana Inggeris - kami masih mempunyai perlawanan yang banyak. Kami hanya perlu teruskan apa yang kami sedang buat dan dapatkan keputusan yang baik," katanya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain