suria

Sabah lengkapkan resume Kim Swee sebagai jurulatih

DATUK Ong Kim Swee sudah membuktikan kualiti selaku jurulatih ketika membimbing skuad negara di pentas antarabangsa. — Bernama.

PENGENDALI baharu Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee bertegas yang keputusannya menyertai bekas pasukan yang diwakilinya ketika bergelar pemain itu lebih menjurus untuk melengkapkan resumenya.

Selepas lebih sinonim dengan kejayaan bersama skuad kebangsaan, Kim Swee merasakan jika mampu menghadirkan keputusan baik, ia akan melengkapkan lagi kariernya sebagai jurulatih.

"Kalau kita nak bandingkan dengan 2019 itu adalah pasukan kebangsaan iaitu skuad B-22 negara, tetapi kini saya bersama pasukan kelab yang mana kejohanan yang berbeza dan bukan peringkat antarabangsa.

"Apabila saya menyertai Sabah FC, tentu saya ingin melakukan yang terbaik dan mencapai satu kejayaan.

“Kalau saya dapat capai kejayaan dengan pasukan bermakna lengkap karier saya, bukan sahaja dengan pasukan kebangsaan tetapi dengan pasukan kelab," katanya.

Secara tidak langsung, penyertaan Kim Swee bersama Sabah dapat melepaskan rindu untuk berdiri di kawasan teknikal permainan, berbanding lebih tertumpu pada perancangan belakang tabir di pejabat ketika menjawat jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada 10 September lepas, Sabah FC mengumumkan Kim Swee sebagai pengendali baharu menggantikan jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto yang direhatkan susulan kemerosotan prestasi pasukan itu dalam saingan Liga Super.

Berasal dari Melaka, Kim Swee memulakan karier kejurulatihan bersama negeri kelahirannya sebelum berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula 2007 dengan pelbagai jawatan disandang antaranya ketua jurulatih skuad B-16, skuad B-17, Harimau Muda, skuad B-22 dan skuad kebangsaan. – Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ong kim swee, Sabah, fam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Daripada zumba ke petarung MMA

Artikel Lain