suria

Langkawi City jalin kerjasama dengan Borussia Dortmund

KERJASAMA itu akan mengetengahkan program pelancongan sukan membabitkan kedua-dua kelab serta perkongsian ilmu daripada jurulatih Dortmund. — Agensi

KELAB Liga M3, Langkawi City membuktikan betapa cukup serius untuk membangunkan bola sepak tempatan apabila bekerjasama dengan gergasi Jerman, Borussia Dortmund dalam usaha memantapkan lagi pembangunan akar umbi.

Kerjasama itu akan mengetengahkan program pelancongan sukan membabitkan kedua-dua kelab serta perkongsian ilmu daripada jurulatih Dortmund.

“Sukan bola sepak makin popular di seluruh dunia termasuklah di Asia dan kami bangga dapat bekerjasama dengan Langkawi.

“Pertukaran pengetahuan secara menyeluruh dan sokongan berterusan dalam pembangunan akar umbi di Langkawi dan Malaysia akan jadi fokus utama dalam jalinan kerjasama ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Carsten Cramer.

Jalinan kerjasama ini sudah pun bermula 1 September lalu hingga 31 Disember 2023.

Dalam masa sama, penaung Langkawi City FC yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak perkara baharu dapat dipelajari kelab itu memandangkan Dortmund adalah salah satu jenama global dan dikenali.

“Saya harap jalinan ini dapat beri manfaat kepada penduduk Langkawi khususnya golongan muda.

“Semoga kerjasama ini mencapai kejayaan di dalam ataupun di luar padang,” katanya. - Goal.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

langkawi, dortmund, bola sepak, m3,

Artikel Lain