suria

"Saya bukan 'fanboy' Pep..." Tuchel akui sering makan malam bersama

TUCHEL sering makan bersama dengan Guardiola di Jerman ketika mereka berkhidmat di Borussia Dortmund dan Bayern Munich. — Agensi

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel menyatakan bahawa dia tidak pernah menjadi peminat tegar atau 'fanboy' kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Namun, Tuchel sangat menghormati Guardiola kerana mereka sering makan malam bersama di Jerman ketika mereka berkhidmat di Borussia Dortmund dan Bayern Munich.

"Tetapi saya cukup kagum, saya benar-benar kagum dan seperti suatu kehormatan untuk berbicara dengannya dan berpeluang mendengar kepercayaannya." katanya.

Tuchel mencari kemenangan keempat berturut-turut dan memaklumkan bahawa dia tidak memerlukan keajaiban untuk mengalahkan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

"Tidak lama dahulu, ada banyak suara yang memberitahu saya bahawa saya tidak tahu bagaimana mengalahkan Pep.

"Bagaimanapun, ini bukan antara saya dan dia, kami tidak bermain tenis atau catur, kami bermain dengan pasukan kami dan mereka saling bersaing di tahap yang sangat tinggi." ujarnya.

Tambahnya, apa yang diperlukan olehnya adalah pemain mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan.

Jelasnya lagi, kedua mereka mempunyai kepercayaan dan memahami tentang keperluan untuk memiliki kemungkinan meraih kemenangan.

"Kami mempunyai pengalaman dan kami tahu betapa sukarnya pada separuh masa di bilik persalinan, berapa banyak kerja yang kami buat, jenis input yang diperlukan.

"Sejujurnya tiga perlawanan terakhir, saya melihat tiga pertandingan 50-50 dan itu mungkin hasilnya," jelasnya.

Jelasnya lagi, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan Manchester City dalam perlawanan pada Sabtu. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain