suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pecah rekod! Jersi nombor 7 Ronaldo laku keras

Jualan jersi Ronaldo laris sejak bintang itu kembali ke Old Trafford.

CRISTIANO Ronaldo berjaya memecahkan rekod penjualan jersi paling laris sejak kembali ke Manchester United.

Jersi nombor 7 menjadi rebutan peminat United sejak pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu diumumkan akan kembali menyarungnya.

Pengeluar barangan sukan terkenal, Adidas dilaporkan bertungkus lumus memenuhi permintaan hanya dalam tempoh 12 jam selepas pengumuman rasmi bahawa bintang berusia 36 tahun itu kembali ke Old Trafford.

Sementara itu jualan dalam talian mencatat jumlah tertinggi dalam sehari untuk mana-mana barangan sukan di luar Amerika Utara.

Dalam rangkaian Fanatics, Ronaldo kini menjadi pemain paling laku dalam tempoh 24 jam sejak kepulangannya ke kelab Inggeris itu. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain