suria

Ronaldo kembali sarung jersi nombor 7

Jersi nombor 7 kembali menjadi milik Ronaldo. Foto: Twitter manchester United

MANCHESTER United mengesahkan Cristiano Ronaldo akan menyarung jersi bernombor 7 selepas dia kembali menyertai kelab tersebut dari Juventus.

Dalam pengumuman itu, Old Trafford turut memaklumkan Ronaldo telah menandatangani kontrak secara rasmi pada Isnin setelah mengesahkan perpindahan pada Jumaat sebelumnya.

Jersi nombor 7 telah menjadi sebahagian daripada 'jenama' Ronaldo, CR7, di mana bintang bola sepak dunia itu menggunakannya semasa menyertai kelab tersebut sebelum ini.

Edinson Cavani yang sebelum ini menyarung jersi dengan nombor tersebut akan menyarung jersi nombor 21, yang kini 'dikosongkan' oleh Daniel James selepas perpindahannya ke Leeds United. - Espn.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain