suria

Tahniah! Wei Lun hadiahkan pingat perak buat Malaysia

Chew Wei Lun beraksi pada perlawanan akhir kategori Individu campuran (BC1). foto Bernama

ATLET Boccia negara, Chew Wei Lun menghadiahkan Malaysia dengan pingat perak di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pada Rabu.

Bertempat di Pusat Gimnastik Ariake, Wei Lun mempamerkan kecemerlangan dalam perlawanan akhir kategori Individu campuran (BC1).

Anak kelahiran Johor itu bagaimanapun terpaksa akur ketika berdepan juara bertahan dari Great Britain, David Smith apabila tewas dengan 2-4.

Namun, pujian harus diberikan kepada Wei Lun kerana ia merupakan penampilan sulung atlet berusia 26 tahun itu di temasya Paralimpik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain