suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet rejam lembing India raih pingat emas terima hadiah wang tunai

Sumit-Antil-AP_571_855

KETUA Menteri Haryana Manohar Lal Khattar mengumumkan hadiah wang tunai berjumlah Rs 6 juta untuk Sumit Antil yang memenangi pingat emas dan mencatat rekod dunia dalam kategori F64 rejam lembing lelaki di Paralimpik Tokyo pada Isnin.

Dia juga memberi wang tunai berjumlah Rs 4 juta untuk Yogesh Kathuniya kerana memenangi pingat perak dalam acara lempar cakera F-56.

Pihak kerajaan Haryana juga akan menawarkan pekerjaan kerajaan kepada mereka dalam satu kenyataan rasmi.

Ketua Menteri mengatakan bahawa Antil telah memenangi hati rakyat Haryana dan juga seluruh negara dengan memenangi pingat emas dalam persembahannya yang bersejarah.

Perdana Menteri Narendra Modi bercakap dengan Antil setelah kemenangannya dan mengatakan bahawa penampilannya akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda.

Pemain berusia 23 tahun itu kehilangan kaki kirinya dari paras bawah lutut akibat terlibat dalam kemalangan motosikal pada tahun 2015.

Pemegang pingat emas itu melempar lembing sejauh 68.55m dalam percubaan kelima dan mencipta rekod dunia baru dalam kategori F64. -NDTV

Artikel Lain