suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paralimpik Tokyo: Sekali lagi penyertaan perenang Muhammad Nur Syaiful dibatalkan

Muhammad Nur Syaiful masih berpeluang untuk beraksi dalam acara 50m gaya bebas (S5). foto:BERNAMA

PERENANG para kebangsaan, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak dapat meneruskan saringan bagi acara 100m kuak dada lelaki (SB4) pada Sukan Paralimpik Tokyo apabila penyertaannya dibatalkan di Pusat Akuatik Tokyo, pagi Ahad.

Ini merupakan kali kedua atlet renang para negara itu terlepas peluang setelah penyertaannya bagi acara 200m gaya bebas lelaki (S5) turut dibatalkan akibat isu teknikal, pada Rabu.

Bagaimanapun, perenang berusia 26 tahun dari Sarawak itu masih berpeluang untuk meneruskan cabaran dalam acara renang apabila bakal beraksi dalam acara 50m gaya bebas (S5) pada 1 September nanti.

Muhammad Nur Syaiful turut berjaya memperbaharui catatan peribadinya biarpun menamatkan saingan akhir 100m gaya bebas (S5) pada kedudukan ketujuh, pada Rabu.

Muhammad Nur Syaiful mencatatkan satu minit 15.12 saat bagi memperbaiki catatan satu minit 15.39 saat yang dicatatkannya di London pada 2019 lalu. -SINAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain