suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo jadi penerima gaji tertinggi di United, dibayar RM2.7 juta seminggu

Ronaldo dijangka menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Red Devil. Foto: AP

KEPULANGAN Cristiano Ronaldo ke Manchester United menyaksikan beliau muncul sebagai penerima gaji tertinggi di kelab tersebut selepas berpindah dari Juventus.

Bintang Portugal berusia 36 tahun itu akan menerima gaji sebanyak £480,000 (RM2.7 juta) seminggu di Old Trafford.

Ini menyaksikan David de Gea yang menerima gaji mingguan £375,000 (RM2.1 juta) jatuh di tempat kedua.

Sebelum ini, Paul Pogba berada di belakang De Gea dengan gaji £290,000 (RM1.7 juta) seminggu.

Ronaldo dijangka menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Red Devil, dengan nilai perpindahan £21 juta (RM121 juta).

Perpindahan itu berlaku selepas 12 tahun bintang Portugal itu meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid. - Dailymail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain