suria

Skuad generasi emas yang gagal, Piala Dunia 2022 medan terakhir Belgium buktikan kemampuan

SKUAD generasi emas Belgium masih belum menjulang sebarang kejuaraan di peringkat antarabangsa. - AGENSI

APA sudah jadi De Rode Duivels? Sejak beberapa tahun lalu, pasukan bola sepak Belgium yang dibarisi pemain bintang atau ternama seperti Kevin de Bruyne, Eden Hazard, Romelu Lukaku dan Thibault Courtois dilabel sebagai generasi emas dalam kalangan peminat fanatik sukan bola sepak.

Bagaimanapun, kekalahan kepada Itali pada peringkat suku akhir kejohanan Euro 2020 tidak lama dahulu menyaksikan generasi emas itu tersingkir buat kali ketiga berturut-turut di pentas kejohanan antarabangsa termasuk ketika ditunjukkan jalan keluar oleh Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2018.

Meskipun pasukan itu menduduki tangga teratas dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun prestasi yang diharapkan tidak mencapai tahap yang diharapkan, sekali gus tidak ubah seperti prospek generasi emas yang gagal.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan makin naik, Hazard disindir Burger King

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku silap besar patah balik ke Chelsea

Piala Dunia di Qatar tahun depan pastinya pentas terbaik bagi skuad generasi emas Belgium untuk membuktikan sesuatu buat kali terakhir sebagai satu pasukan.

Sekiranya de Bruyne atau Hazard berada dalam keadaan yang cergas ketika kejohanan itu berlangsung, Belgium sekali lagi memiliki peluang cerah untuk memenangi trofi Piala Dunia.

Kewibawaan ketua jurulatih,Roberto Martinez juga mula dipertikaikan ramai pemerhati bola sepak dan tidak mustahil masa depannya bersama Belgium bakal ternoktah jika sekali lagi gagal di bumi Qatar.

Selain itu, beberapa pemain muda dari skuad tersebut turut mempamerkan potensi yang baik untuk menjadi tunjang utama dalam kejohanan berprestij empat tahun sekali itu kelak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pemain seperti Youri Tielemans, 24, membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab di posisi tengah apabila menonjolkan prestasi yang baik sewaktu beraksi bersama kelab Leicester City dan Belgium sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, bintang remaja Belgium yang namanya meningkat naik selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan sewaktu menentang Itali di Euro 2020 iaitu Jeremy Doku juga disebut-sebut berpotensi meneruskan legasi generasi emas De Rode Duivels pada Piala Dunia Qatar 2022. - onefootball.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain