suria

Berat badan makin naik, Hazard disindir Burger King

Eden Hazard dilihat berdepan masalah kecergasan sejak menyertai Real pada 2019.

BINTANG Real Madrid, Eden Hazard disindir restoran makanan segera, Burger King selepas dia gagal menghadiri sesi latihan bersama kelab berkenaan berikutan sekali lagi mengalami kecederaan.

Legenda Chelsea itu dilihat berdepan masalah kecergasan sejak menyertai Real pada 2019.

Hazard juga sudah terlepas 44 perlawanan dan dilaporkan berat badannya semakin naik.

Bintang Belgium berusia 30 tahun itu ketika ini diketepikan berikutan kecederaan paha yang menyaksikannya kemungkinan tidak dapat beraksi selama sebulan.

Burger King menerusi akaun Twitter secara berseloroh menawarkan burger ketika membalas pertanyaan mengapa Hazard tidak bersama Real ketika sesi latihan.

Stesen televisyen Sepanyol, El Chiringuito menulis di Twitter: "Hazard tidak menjalani latihan bersama pasukan hari ini. Kenapa?!"

Kemudian Burger King membalasnya: "2x1 Burger King."

Status itu meraih 122,000 like dan 25,000 retweet sejak ia dimuat naik pada Selasa lalu. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Eden Hazard, Burger King, berat badan

Artikel Lain