suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menginjak usia 36 tahun, Ronaldo masih ‘berbisa’! Kontrak bersama Juventus mungkin dilanjutkan hingga 2023

Juventus dilaporkan bersedia menawarkan kontrak lumayan kepada Cristiano Ronaldo hingga 2023.

JUVENTUS bersedia menawarkan kontrak lumayan kepada Cristiano Ronaldo yang menyaksikannya akan kekal bersama kelab itu sehingga usia 38 tahun, demikian menurut laporan.

Di sebalik bakal mencecah usia 36 tahun pada hari ini, bintang kelahiran Portugal itu langsung tidak kehilangan 'bisa' apabila sudah meledak 19 gol daripada 20 penampilan di saingan Liga Juara-Juara dan Serie A musim ini.

Kontrak semasa Ronaldo dengan gaji £540,000 (RM3 juta) seminggu akan berakhir pada musim panas 2022.

Bagaimanapun Tutto Sport mendakwa, Juventus akan cuba mengekalkan Ronaldo untuk tempoh setahun lagi kerana mereka percaya dia masih kekal menjadi aset utama meskipun ketika itu bakal berusia 38 tahun.

Laporan itu dipetik berkata, ejen Ronaldo, Jorge Mendes belum mengadakan perbincangan tetapi kontrak awal sudah dirangka. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain