suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar kekal bersama PSG untuk 4 tahun lagi?

Neymar dikhabarkan bersetuju dengan kontrak baharu bersama PSG. foto AP

NEYMAR bersetuju dengan kontrak baharu selama empat tahun bersama Paris Saint-Germain (PSG), menurut laporan dari Perancis dan Brazil.

Penyerang itu yang memperoleh pendapatan kira-kira £600,000 (RM3.3 juta) seminggu di Paris, beberapa kali berbincang dengan kelab mengenai kemungkinan menandatangani perjanjian baru.

Ia berikutan perjanjian semasa beliau bersama PSG akan berakhir pada musim panas depan.

Bagaimanapun, RMC Sport di Perancis menyokong laporan di Brazil bahawa pemain berusia 28 tahun itu kini membuat perjanjian dengan kelab gergasi Perancis itu.

Dilaporkan, perjanjian itu akan diselesaikan secara formal secepat mungkin pada minggu ini.

Neymar, yang dilihat sebagai salah satu bakat terbaik dalam dunia bola sepak, telah menjaringkan 13 gol dari 16 perlawanan untuk PSG pada musim ini. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain