suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona mahu saman El Mundo kerana bocorkan kontrak Messi

El Mundo menyiarkan kontrak Messi bersama Barcelona selama empat tahun. Foto: Getty Images

BARCELONA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Sepanyol, El Mundo selepas mengeluarkan maklumat lengkap mengenai kontrak terkini Lionel Messi bersama kelab tersebut.

El Mundo menyiarkan maklumat lengkap kontrak pemain tersebut bersama Barca daripada 2017 sehingga 2021 yang bernilai £492 juta (RM2.72 bilion).

Barca memberi reaksi dengan menegaskan mereka tidak bertanggung jawab di atas kebocoran itu, namun tidak menafikan perincian laporan berkenaan.

El Mundo mengatakan perjanjian yang ditandatangani oleh Messi pada tahun 2017 adalah 'yang terbesar dalam sejarah sukan' dan menyebutnya sebagai 'kontrak besar yang merosakkan Barcelona.'

Pemain berusia 33 tahun itu mampu mengumpul maksimum €555,237,619 (RM2.7 bilion) sebelum kontraknya berakhir pada 30 Jun tahun ini.

Jumlah itu termasuk gaji tetap, hak imej, pendapatan lain serta cukai yang perlu dibayar oleh Barcelona untuk memintas jumlah rundingan bintang NFL, Patrick Mahomes bersama Kansas City Chiefs yang berjumlah £402 juta (RM2.2 bilion).

"Berkenaan maklumat yang disiarkan hari ini di akhbar El Mundo, berkaitan dengan kontrak profesional yang ditandatangani antara FC Barcelona dan pemain Lionel Messi, kelab ini menyesali penerbitannya memandangkan ini adalah dokumen sulit dengan prinsip kerahsiaan antara pihak yang berkaitan," kata Barcelona dalam satu kenyataan. - AFP

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Barcelona, Lionel Messi, El Mundo

Artikel Lain