suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG pecat Tuchel, desas-desus kaitkan Pochettino sebagai pengganti

Desas-desus mengatakan tempat Tuchel bakal diambil alih oleh Pochettino. Foto: Getty Images

KELAB gergasi Perancis, Paris Saint-Germain memecat jurulatihnya Thomas Tuchel, dengan bekas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dikatakan bakal mengambil alih posisi sebagai calon penggantinya, demikian menurut sumber.

Sumber menambah bahawa Pochettino, yang berkhidmat selama lima tahun bersama Spurs sebelum pemecatannya pada November lalu, telah melakukan rundingan dengan PSG selama dua minggu.

Dikhabarkan keputusan memecat Tuchel adalah susulan aksi hambar yang dipamerkan olehnya yang gagal mendominasi saingan Liga Perancis pada musim ini.

Sumber memberitahu ESPN bahawa segelintir pemain menjangkakan Tuchel akan dipecat sungguhpun dia disukai pemain.

Sumber juga mengatakan bahawa Tuchel mengadakan pertemuan dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukan, Leonardo.

Keputusan untuk menggantikannya dibuat pada minggu lalu ekoran ketegangannya dengan Leonardo selain corak permainan permainan yang hambar. - ESPN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PSG, Pochettino, Thomas Tuchel

Artikel Lain