suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi perlawanan tahun ini, Neymar kembali beraksi pada 2021

Menerusi perlawanan baru-baru ini, dia terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan.

BINTANG Paris St-German (PSG) Neymar tidak akan diturunkan dalam mana-mana perlawanan yang berbaki pada tahun ini.

Ia berikutan kecederaan buku lali yang dialami pemain berusia 28 tahun itu pada 13 Disember lalu.

Menurut PSG, Neymar hanya akan kembali beraksi pada Januari 2021.

Menerusi perlawanan baru-baru ini, dia terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan.

Sepanjang musim ini, dia sudah menjaringkan sembilan gol menerusi 12 penampilan.

Untuk rekod, Neymar menyertai PSG pada Ogos 2017.

Dia sebelum itu bermain untuk pasukan Barcelona. - BBC.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain