suria

Walker, Jesus dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19

Walker (kiri) dan Jesus kini sedang menjalani kuarantin. Foto: Getty Images

MANCHESTER City mengesahkan Gabriel Jesus, Kyle Walker, dan dua kakitangan kelab itu diuji positif Covid-19.

Kesemua mereka kini menjalani tempoh pengasingan sepuluh hari, sekaligus menyebabkan Jesus dan Walker terlepas aksi Boxing Day menentang Newcastle.

Kedua-dua pemain itu juga dijangka terlepas aksi menentang Everton dan Chelsea, tetapi berkemungkinan dapat kembali ke separuh akhir Piala Carabao menentang Manchester United pada 6 Januari.

Jesus dan Walker beraksi ketika City mencatat kemenangan 4-1 ke atas Arsenal dalam saingan Piala Liga semalam, dengan City dijadualkan melayan kunjungan Newcastle pada perlawanan Boxing Day di Liga Perdana Inggeris.

"Manchester City FC mengesahkan Gabriel Jesus, Kyle Walker, dan dua lagi kakitangan diuji positif Covid-19.

"Mereka kini menjalani tempoh pengasingan diri mengikut protokol Liga Perdana dan Kerajaan UK mengenai kuarantin.

"Semua orang di kelab berharap rakan sepasukan kami cepat sembuh sepanjang tempoh Krismas sebelum mereka kembali bekerja, menyertai latihan dan terbabit dalam pertandingan," demikian kenyataan kelab itu pada Jumaat. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain