suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Tottenham Danny Rose ditahan selepas terlibat kemalangan 4 pagi

Tidak dapat dipastikan kenderaan yang dipandu Danny Rose ketika kejadian. foto sumber Mirror UK/internet

PEMAIN pertahanan Tottenham, Danny Rose dilaporkan ditahan selepas terlibat dalam kemalangan kerana memandu laju dalam kejadian pukul 4 pagi.

Rose, 30, dipercayai memandu laju di lebuhraya A45 di Northampton, United Kingdom, pagi Rabu waktu tempatan.

Susulan kejadian itu, kereta pemain itu mengalami kerosakan di bahagian belakang termasuk satu tayar.

Rose bagaimanapun tidak cedera dalam kejadian itu.

Memetik laporan The Sun, Rose menjalani ujian alkohol di tempat kejadian dan didapati negatif.

Rose yang berasal dari United Kingdom itu ditahan kerana memandu dalam keadaan berbahaya. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain