suria

Giggs ditahan polis atas dakwaan pukul wanita

Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs ditahan polis atas dakwaan memukul wanita. Foto: Getty Images

PENGURUS pasukan bola sepak Wales dan legenda bintang Manchester United, Ryan Giggs ditahan polis atas dakwaan melakukan serangan, demikian laporan media Britain.

Persatuan Bola Sepak Wales dalam satu kenyataan berkata pihaknya maklum mengenai insiden membabitkan pengurus berkenaan tetapi tidak memberikan sebarang komen lanjut.

Persatuan tersebut sebaliknya hanya memaklumkan bahawa pengurus berusia 46 tahun itu tidak akan terlibat dengan perlawanan akan datang.

Kenyataan daripada Polis Greater Manchester menyebut: "Polis mendapat laporan pada jam 10.05 malam pada Ahad lalu daripada seorang wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan ringan tetapi tidak memerlukan rawatan lanjut.

"Lelaki berusia 46 tahun ditahan di bawah Seksyen 47 kerana melakukan serangan dan mendatangkan kecederaan".

Giggs dilantik menjadi pengurus Wales pada Januari 2018 selepas menjuarai 13 gelaran Liga Perdana bersama United, dua trofi Liga Juara-Juara, empat Piala FA dan tiga Piala Liga serta tampil 64 kali bersama skuad Wales. - CNN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain