suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luar biasa, Hamilton berjaya atasi rekod dipegang Michael Schumacher

Kata Hamilton (kiri), dia tidak pernah terfikir dirinya lebih hebat berbanding Schumacher (kanan).

LEWIS Hamilton kini merekodkan kejuaraan Grand Prix Formula 1 (F1) lebih banyak berbanding Michael Schumacher.

Pelumba Mercedas itu naik ke podium buat kali ke-92 selepas memenangi perlumbaan di Portugal pada Ahad.

Ia sekaligus melepasi rekod dipegang Schumacher sebanyak 91 kali kejuaraan.

Namun kata Hamilton, dia tidak pernah terfikir dirinya lebih hebat berbanding pelumba legenda itu.

"Saya membesar dan tengok dia menang perlumbaan. Saya tak pernah rasa setaraf dengan dia.

"Dia jauh ke hadapan berbanding saya. Ia menjangkaui mimpi saya untuk mencapai kejayaan setarafnya," ujar Hamilton lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain