suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Blackpink, Netlflix pilih Mike Tyson untuk dokumentari seterusnya

Dokumentari dijangka memaparkan beberapa babak emosi termasuklah pandangan Mike mengenai kegembiraan sebenar.

SELAIN menjadi platform penstriman filem, Netflix juga banyak menghasilkan dokumentari eksklusif melibatkan figura terkenal dunia.

Jika sebelum ini artis seperti Lady Gaga, Taylor Swfit dan kumpulan K-pop Blackpink menjadi subjek dokumentari Netflix, kali ini mereka memilih juara Heavyweight dunia, Mike Tyson.

Dokumentari itu dijangka memaparkan persiapan Mike menjelang 'comeback' pada bulan hadapan.

Malah, ia juga dijangka memaparkan beberapa babak emosi termasuklah pandangan Mike mengenai kegembiraan sebenar.

"Kegembiraan adalah kematian. Ini kerana saya melihat banyak benda buruk dalam hidup dan hilang banyak benda dalam hidup.

"Saya tak takut. Hidup lebih rumit berbanding mati," katanya.

Malah katanya, perjalanan hidup merupakan satu perjuangan yang cukup sukar.

Bagaimanapun, tarikh tayangan dokumentari kisah hidupnya itu belum didedahkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain