suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabib kaut RM24.95 juta selepas tewaskan Gaethje

Khabib Nurmagomedov memperoleh £4.6 juta (RM24.95 juta) selepas menewaskan Justin Gaethje dalam UFC 254. Foto: Sky Sports

BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov memperoleh £4.6 juta (RM24.95 juta) selepas menewaskan Justin Gaethje dalam UFC 254.

Jaguh Rusia yang mengejutkan ramai susulan mengumumkan persaraannya daripada sukan MMA itu dilaporkan menerima bayaran paling tinggi dalam kariernya.

Selain mengaut RM24.95 juta hasil kemenangannya, Khabib juga menerima bonus £40,000 (RM216,955) untuk Performance of the Night dan £40,000 dalam insentif minggu pertarungan.

Pemain berusia 32 tahun itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan berita persaraannya secara langsung, sejurus memberikan ucapan kemenangan.

Khabib mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arwah bapanya, Abdulmanap.

Bapanya meninggal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami kompikasi kesihatan akibat Covid-19.

Menurut Khabib, beliau juga telah berjanji dengan ibunya bahawa ia merupakan pertarungan terakhirnya. - Independent.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain