suria

Man United ubah suai Old Trafford, jadikannya ‘selamat dari Covid-19’ untuk 23,500 penyokong

Old Trafford yakin dapat menempatkan 23,500 penyokong di stadium dengan penjarakkan sosial. -foto AP

MANCHESTER United mengambil langkah-langkah untuk membuat persiapan bagi membolehkan kehadiran penyokong semula, dengan mengubah suai Old Trafford.

Salah satu kemudahan itu adalah dengan penjarakkan sosial antara penyokong, yang boleh menempatkan seramai 23,500 orang.

Ini termasuk pemeriksaan suhu badan dan penetapan waktu ketibaan penyokong.

Langkah-langkah sedang dilakukan untuk stadium yang terkenal itu, bagi menyambut kembali penyokong sebaik sahaja lampu hijau diberikan oleh kerajaan.

Manchester United berharap sistem yang dilaksanakan terancang dan berjalan dengan lancar.

Kelab itu dikatakan keliru dengan situasi semasa, apabila penyokong bola sepak masih dilarang hadir menyaksikan perlawanan, meskipun interaksi dan perjumpaan awam kini dibenarkan di kawasan-kawasan lain.

"Kita menerima garis panduan kerajaan," kata ketua pegawai operasi, Collette Roche kepada Sky Sports News.

"Saya yakin kita akan dapat (menempatkan penyokong) dengan selamat," katanya. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain