Penyokong Manchester United dipecat selepas selfie dengan pemain Manchester City

Foto selfie Craig Willis (kanan) bersama Riyad Mahrez mengundang padah. Foto Craig Willis/ SWNS

SEORANG penyokong Manchester United dilaporkan dibuang kerja selepas mengambil gambar selfie bersama bintang Manchester City, Riyad Mahrez.

Craig Willis sebelum ini memuat naik fotonya memakai baju Manchester United, mengambil perlu untuk bergambar dengan Mahrez pada hari pertamanya di tapak projek apartment mewah.

Bagaimanapun, Willis melanggar peraturan penjarakkan sosial apabila mendekati Mahrez begitu rapat.

Menurut laporan The Sun, majikannya didakwa mengarahkannya untuk tidak kembali bekerja.

Willis yang merupakan pekerja kontrak berkata: "Saya rasa ia keterlaluan. Mahrez nampak ok dengan apa yang berlaku. Dia kata ya, tak ada masalah.

"Saya ambil gambar dan dapat panggilan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Saya ambil gambar selfie untuk rakan baik saya, dia seorang penyokong Manchester City.

"Ia bukannya hari kebiasaan yang kamu dapat melihat seorang bintang seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, syarikat tersebut melihatnya dari perspektif berbeza: "Keselamatan semua pihak di tapak projek kami menjadi keutamaan setiap masa."

Bintang Manchester City menjalani ujian saringan Covid-19 setiap tiga hari dan sebelum perlawanan. - Star Daily

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain