suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 pemain, staf dari 2 kelab Kejuaraan positif Covid-19

EFL mengumumkan keputusan terbaharu susulan ujian saringan Covid-19. Foto PA

SERAMAI tiga pemain dan staf di dua kelab bola sepak Kejuaraan, disahkan positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan berhubung pusingan terbaharu ujian saringan dalam Liga Bolasepak Inggeris (EFL).

Keputusan tiga positif itu diperoleh daripada sampel 2,858 ujian melibatkan 24 kelab di peringkat kedua.

Mereka yang dijangkiti virus itu perlu menjalani pengasingan dari latihan sehingga mereka disahkan negatif.

Dalam Liga Satu, keputusan daripada 297 ujian membabitkan empat kelab mencatatkan sifar kes positif.

Manakala, Liga Dua juga tidak mempunyai kes positif daripada 271 ujian yang dijalankan terhadap pemain dan kakitangan kelab.

Mereka yang disahkan positif terlepas dalam pusingan penentuan pada hujung minggu, dengan beberapa perlawanan akan datang menjelang akhir musim EFL. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pemain, staf, Covid-19, Kejuaraan, EFL,

Artikel Lain