suria

Liga Perdana dedah enam individu daripada tiga kelab diuji positif Covid-19

Enam individu tersebut kini sedang menjalani kuarantin. Foto: Matthew Vincent/PA

LIGA Perdana mendedahkan bahawa enam individu disahkan positif untuk wabak Covid-19.

Liga telah melakukan sebanyak 748 ujian pada Ahad dan Isnin baru-baru ini, dan keenam-enam individu yang disahkan positif Covid-19 itu membabitkan tiga kelab.

Tidak maklumat terperinci diberikan dan difahamkan bahawa liga sedang menunggu keputusan ujian daripada satu kelab lagi.

Ujian tersebut merupakan sebahagian daripada proses yang ditetapkan untuk membolehkan perlawanan dimulakan semula pada bulan Jun.

Liga menerusi satu kenyataan berkata: "Liga Perdana Inggeris dapat mengesahkan bahawa, pada hari Ahad 17 Mei dan Isnin 18 Mei, 748 pemain dan kakitangan kelab diuji untuk Covid-19.

"Daripada jumlah itu, enam diuji positif dari tiga kelab. Pemain atau kakitangan kelab yang telah diuji positif kini akan mengasingkan diri selama tujuh hari.

"Liga Perdana memberikan maklumat ini atas dasar integriti dan pengawasan.

"Tidak ada perincian khusus mengenai kelab atau individu yang akan didedahkan atas sebab undang-undang dan syarat operasi." - The Guardian.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liga Perdana, Covid-19

Artikel Lain