suria

Penyerang Chelsea dituduh merogol selepas langgar perintah lockdown

Hudson-Odoi ditahan polis atas tuduhan merogol seorang wanita di rumahnya.

PENYERANG Chelsea Callum Hudson-Odoi ditahan polis diatas dakwaan merogol selepas melanggar perintah 'lockdown'.

Pemain berusia 19 tahun itu, ditahan awal pagi Ahad lalu dan telah disahkan oleh Polis Metropolitan selepas Perkhidmatan Ambulan London menerima laporan 'seorang wanita tidak sihat'.

Hudson-Odoi dilaporkan telah bertengkar dengan seorang wanita di rumahnya di London.

"Polis dan ambulan mendapat panggilan pada pukul 3.53 pagi Ahad, 17 Mei mengatakan ada wanita tidak sihat.

"Sebaik sahaja pasukan kecemasan tiba, wanita tersebut memberitahu dia dirogol. Dia telah dihantar ke hospital.

"Seorang lelaki telah ditahan di tempat kejadian dengan dakwaan merogol. Dia dibebas dengan ikat jamin dan akan kembali pada pertengahan Jun ini."

Bagaimana pun, pihak kelab enggan mengulas sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Hudson-Odoi merakam 17 penampilan bersama The Blues di bawah kendalian Frank Lampard dalam aksi liga musim ini sebelum perlawanan ditangguhkan berikutan penularan Covid-19.

Hudson-Odoi juga merupakan ahli sukan berprofil tinggi pertama dikaitan dengan Covid-19 yang membawa kepada penangguhan liga.

Dia kemudian memuat naik video di media sosial mengesahkan bebas daripada virus itu. - Dailymail.co.uk



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Callum Hudson-Odoi, Rogol, Chelsea

Artikel Lain