suria

Edilson mengaku dirinya lebih hebat daripada Messi, Neymar dan Ronaldo

Edilson mengakui Neymar dan Messi perlu memenangi Piala Dunia terlebih dahulu jika ingin jadi hebat.

BEKAS pemain kebangsaan Brazil, Edilson mendakwa bahawa dirinya lebih baik daripada tiga pemain terkenal dunia.

Sepanjang karier Edilson selama 16 tahun, di beraksi untuk Brazil sebanyak 21 kali, menjaringkan 6 gol, bermain untuk 18 kelab di Brazil, Jepun dan UAE.

Kini Edilson,48, yang bermain dalam tiga edisi Piala Dunia mendakwa dia adalah yang terbaik.

"Di tahap tertinggi saya dalah lebih baik daripada Neymar. Dia perlu memenangi Piala Dunia untuk menjadi lebih hebat dari saya.

"Saya mempunyai personaliti, dan Messi juga perlu memang Piala Dunia jika ingin lebih baik daripada saya.

"Cristiano Ronaldo hanya kekuatan. Dia menyepak bola baik dengan kedua-dua belah kaki, tetapi saya lebih berkemahiran daripadanya." - Onefootball

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Edilson, Brazil, Neymar, Messi, Ronaldo

Artikel Lain