BAM akan pastikan SOP di ABM dipatuhi, tidak akan kompromi demi menjaga keselamatan

Seramai 56 orang akan berada di ABM bermula 1 hingga 30 Jun ini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dipatuhi sejajar dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia adalah susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung fasa pertama kebenaran khas bagi program 'Road to Tokyo' (RTT) yang melibatkan 265 individu di tiga lokasi bermula 1 hingga 30 Jun ini.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM tidak akan berkompromi dalam melaksanakan langkah berhati-hati tambahan demi menjaga keselamatan sejumlah 56 individu terdiri daripada atlet, jurulatih, ‘sparring partner’ serta anggota sokongan dari pelbagai bidang yang akan berada di premis berkenaan.

"Pihak BAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Kanan Keselamatan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, MKN dan juga KKM di atas kelulusan permohonan Cadangan Kelonggaran Khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi program RTT untuk skuad badminton negara di ABM bermula 1 Jun ini.

"Besar harapan saya agar setiap atlet badminton program RTT akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin dalam memperkukuhkan persiapan pasukan bagi merealisasikan impian negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sejumlah 13 atlet program RTT, termasuk seorang atlet paralimpik, bakal menjalani latihan bersama jurulatih, ‘sparring partner’, anggota sokongan dari pelbagai bidang melibatkan sejumlah 56 orang di ABM.

Mereka akan ditempatkan di akademi itu yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sukan Olimpik Tokyo telah dijadualkan semula untuk berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 iaitu tepat setahun dari tarikh asal yang dirancang sebelum ini (24 Julai 2020). - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BAM, Latihan, SOP, 56 Atlet

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain