suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disahkan positif Covid-19 kali keempat, status Dybala perkuat Juventus diragui

Dybala masih positif Covid-19.

PAULO Dybala disahkan positif Covid-19 buat kali keempat dalam tempoh enam minggu.

Bintang Argentina itu mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 bulan lalu, tidak lama selepas liga Serie A ditangguhkan akibat pandemik global itu.

Dybala antara tiga pemain Juventus yang disahkan positif wabak itu bersama dengan Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.

Namun menurut program TV Sepanyol El Chiringuito, Dybala sedang berusaha untuk pulih daripada jangkitan tersebut.

Mereka mendakwa Dybala masih positif Covid-19 walaupun tidak lagi mempunyai simptom jangkitan itu.

Ini menyebabkan statusnya untuk kembali beraksi bersama Juventus masih lagi diragui.

Pemain Serie A dibenarkan untuk kembali berlatih pada 4 Mei depan. - Dailystar

Artikel Lain