suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG bakal tamatkan saingan Liga Juara-Juara Eropah di luar Perancis

Kelab PSG bersedia menghabiskan baki saingan Liga Juara-Juara di luar Perancis.

PARIS Saint-Germain mengesahkan bahawa mereka bakal menghabiskan baki saingan Liga Juara-Juara Eropah di negara luar selepas kerajaan Perancis melarang sebarang aktiviti sukan sehingga September.

Kerajaan Perancis telah mengambil langkah tersebut bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Langkah tersebut semesitnya mendatangkan masalah buat PSG apabila saingan Liga Juara-Juara Eropah dijangka akan bersambung semula pada Ogos ini.

Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi telah dalam kenyataannya memberitahu mereka akur dengan keputusan yang dibuat kerajaan dan akan menghabiskan saingan bola sepak di luar Perancis.

"Kami hormat dengan keputusan yang telah dibuat kerajaan Perancis.

"Namun kami telah membuat persetujuan bersama Uefa untuk menamatkan baki saingan Liga Juara-Juara Eropah pada bila-bila masa dan dimana sahaja lokasi perlawanan ditetapkan.

"Jika tidak boleh bermain di Perancis, kami akan bermain di tempat lain yang selamat buat para pemain dan kakitangan PSG," ujarnya.

PSG telahpun mara ke pusingan suku akhir selepas menundukkan Borussia Dortmund 3-2 beberapa hari sebelum penangguhan saingan bola sepak disebabkan pandemik koronavirus. - Dailymail

PSG, Liga Jaura-Juara, Perancis, Covid-19

Artikel Lain