suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi tanpa penyokong boleh beri kesan serius kepada penaja

Sekiranya liga disambung tanpa kehadiran penonton, ia boleh memberi kesan kepada penaja.

PENGERUSI Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Ahmad Muzzakir Hamid berkata pihaknya akan mencari solusi terbaik dalam menjaga kebajikan semua pihak jika saingan Liga Malaysia (Liga-M) dibatalkan tahun ini.

Ia termasuk menjaga kepentingan penaja yang sudah pasti mahu keuntungan di atas penajaan mereka pada musim ini.

"Kami kena berlapang dada dan akur di samping mencari jalan terbaik untuk menjaga kebajikan pegawai, jurulatih, pemain, kakitangan persatuan jika saingan liga dibatalkan musim ini.

“Jika Liga M diteruskan tanpa penyokong, ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada pasukan, tetapi lebih serius lagi penaja pasukan yang bersaing," katanya kepada Bernama.

Selepas melalui tiga perlawanan Liga Premier, Kelantan The Red Warriors ketika ini berada di kedudukan ketujuh dengan memperolehi empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Kerajaan sebelum ini tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan termasuk perlawanan bola sepak Liga-M yang tertangguh sejak Februari lalu.

Senada dengan keputusan kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menegaskan tiada sebarang perhimpunan dibenarkan dalam tempoh enam bulan sehingga setahun selepas tempoh PKP selesai bagi memastikan rantaian pendamik Covid-19 putus sepenuhnya.

Liga Malaysia, PKP, Penaja, Penyokong

Artikel Lain