Son Heung-min mula latihan ketenteraan di Korea Selatan

Son (dua dari kanan) dilihat tiba di kem tentera yang terletak di Pulau Jeju pada Isnin. Foto: The Guardian.

BINTANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min dilaporkan telah memulakan latihan ketenteraan selama tiga minggu di Korea Selatan.

Son melakukan latihan asas di bawah kendalian Tentera Marin di Pulau Jeju.Penyerang 27 tahun itu yang menamatkan tempoh kuarantin selama 14 selepas pulang dari kota London telah mendapat arahan undang-undang untuk menjalani latihan ketenteraan tersebut.

Berikutan berjaya mengutip pingat emas pada Sukan Asia 2018 tempoh hari, Son hanya perlu menjalani latihan selama 3 minggu berbanding tempoh sebenar, 21 bulan.

Son mengambil kesempatan penangguhan perlawanan EPL disebabkan penularan Covid-19 dengan menghabiskan latihan 3 minggu tersebut di Korea Selatan.

Dia dijangka akan kembali semula ke pangkuan kelab pada pertengahan Mei.

Dalam latihan ketenteraan tersebut, Son akan didedahkan dengan penggunaan gas pemedih mata, menjalani pendakian serta dilatih untuk menggunakan senjata api. - The Guardian

Son Heung-min, Spurs

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain