suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard jadi pilihan gantikan Klopp

Gerrard menjadi pilihan utama menggantikan Klopp satu hari nanti.

BEKAS kapten Liverpool Steven Gerrard menjadi pilihan untuk gantikan Jurgen Klopp kelak.

Gerrard bersara sebagai pemain pada 2017 dan meneruskan kerjayanya dalam pengurusan bola sepak.

Selepas diberi peluang menguruskan skuad Bawah 18 Tahun Liverpool  dan seterusnya bergelar pengurus kelab Rangers pada 2018.

Manakala kontrak Klopp di Anfield berakhir pada 2024, seiring dengan tempoh Gerrard di Rangers.

Jamie Carragher memberitahu, Gerrard perlu diberi peluang untuk menguruskan The Reds apabila Klopp meninggalkan Liverpool.

“Bagi sahaja kepada Gerrard,” ujarnya.

Ia berikutan prestasi baik Gerrard sepanjang menguruskan Rangers dengan kemennagan 68 daripada 114 perlawanan.

Malah Rangers berjaya menduduki tempat kedua Liga Scotland dengan kekurangan 13 mata daripada pendahulu, Celtic.- Onefootball

Artikel Berikut

FAM kesal dengan dakwaan KFA

Artikel Lain