suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan-Bissaka derma 20,000 sarung tangan ke negara kelahiran ayahnya

Wan-Bissaka menyumbangkan 20,000 sarung tangan kepada Congo.

PERTAHANAN Manchester United, Aaron Wan-Bissaka menghabiskan hujung minggunya dengan membungkus kelengkapan perlindungan diri (PPE) sebanyak 20,000 sarung tangan.

Nilai keseluruhan yang berjumlah £10,000 (RM54,300) itu ditaja sepenuhnya oleh Wan-Bissaka untuk dihantar kepada negara kelahiran ayahnya iaitu Republik Demokratik Congo.

Perkara tersebut merupakan aktiviti terbaharunya dalam membanteras penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, pemain berusia 22 tahun itu turut membuat sumbangan wang kepada badan kesihatan di England.

"Saya bernasib baik. Ramai lagi di luar sana yang tidak mampu melindungi diri sendiri serta mempunyai akses yang terhad pada waktu ini.

"Saya rasa gembira kerana dapat membantu orang lain. Ini waktu yang sesuai untuk memberi pertolongan kepada mereka," ujarnya.

Idea untuk menghantar sarung tangan ke Kinhasa datang daripada rakan ayahnya, Ambrose.

Ambrose meminta pertolongan daripada Wan-Bissaka bukan sahaja dari segi kewangan, malah dari bantuan peralatan keselamatan juga.

Dalam pada itu, Wan-Bissaka turut terlibat dengan kutipan dana #FootballUnited dalam perlawanan FIFA20 untuk membendung penularan wabak koronavirus. - The Sun

Aaron Wan-Bissaka, PPE, Congo

Artikel Lain