suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sir Kenny Dalglish positif Covid-19 meskipun tidak tunjuk simptom jangkitan

Sir Kenny dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani rawatan.

LEGENDA Liverpool Sir Kenny Dalglish dimasukkan ke hospital kerana jangkitan koronavirus (Covid-19).

Dalglish, 69, disahkan positif Covid-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan itu.

Perkara itu disahkan keluarganya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web Liverpool.

"Sir Kenny dimasukkan ke hospital pada 8 April untuk rawatan jangkitan yang memerlukan antibiotik intravena.

"Selaras dengan prosedur semasa, dia kemudian diuji untuk Covid-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan itu. Namun hasil ujiannya positif," demikian menurut kenyataan itu.

Keluarganya turut memaklumkan bahawa Sir Kenny memilih untuk menjalani isolasi diri lebih lama berbanding tempoh yang disarankan kepadanya.

"Dia menggesa orang ramai untuk mematuhi arahan kerajaan dalam memerangi wabak berbahaya itu.

"Dia tidak sabar untuk balik ke rumah dalam masa terdekat. Kami akan memberitahu perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatannya pada waktu sesuai," kata keluarganya. - Metro.co.uk

Artikel Lain