suria

Covid-19: Kejohanan Wimbledon dibatalkan buat kali pertama selepas Perang Dunia Kedua

Aksi Wimbledon tahun ini terpaksa dibatal berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

KEJOHANAN Wimbledon dibatalkan buat kali pertama selepas Perang Dunia Kedua.

Ketua-ketua Kelab Seluruh Dunia mengambil keputusan sukar ketika mengadakan mesyuarat tergempar bagi mencapai kata sepakat berikut wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia setakat ini.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak acara sukan besar dunia terpaksa dibatal atau ditunda.

Mesyuarat itu berpendapat agak mustahil untuk menangguhkan kejohanan atau bermain tanpa penonton.

Keputusan yang dicapai itu menyaksikan Wimbledon tidak diadakan buat kali pertama sejak 1945.

Hanya satu Grand Slam sahaja yang pernah dibatalkan sebelum ini iaitu Terbuka Australia pada tahun 1986 (masalah teknikal).

Pembatalan ini bermakna tidak ada peluang buat Novak Djokovic dan Simona Halep untuk mempertahankan gelaran perseorangan masing-masing.

Malah ia juga memusnahkan harapan Roger Federer untuk menempah gelaran Grand Slam Ke-20. - Dailymail.co.uk

Wimbledon, batal, Covid-19

Artikel Lain