suria

Lama berkurung di rumah buat De Bruyne batal niat bersara lebih awal

Tempoh dua minggu berkurung di rumah membuatkan De Bruyne rindukan aksi bola sepak.

PEMAIN tengah Manchester City Kevin De Bruyne membatalkan hasratnya untuk bersara lebih awal selepas terpaksa berkurung berikutan Covid-19.

Tempoh berkurung yang sedang dilakukan hampir seluruh dunia menyebabkan De Bruyne berasa rindukan bola sepak.

Pandemik Covid-19 yang merebak secara global menyebabkan aktiviti sukan turut terkesan dengan penangguhan atau pembatalan kejohanan atau liga.

Ini termasuk Liga Perdana Inggeris yang ditangguh sehingga 30 April selepas beberapa pemain pasukan didapati positif Covid-19.

Pemain berusia 28 tahun itu berada dalam prestasi terbaik musim ini selepas kembali daripada kecederaan dengan menjadi pembantu gol 16 kali sebelum musim ditangguhkan bulan lalu.

“Saya beritahu isteri akan bermain lebih lama. Selepas ‘lockdown’ ini, saya tidak boleh duduk lama di rumah.

“Jadi saya beritahu isteri akan mengambil tempoh dua tahun lagi.

“Ini adalah masa untuk kembali beraksi. Saya sangat rindu dan ianya sukar. Tetapi, kta semua tidak penting, bola sepak juga tidak penting.

“Orang suka bola sepak… tetapi anda perlu kekal selamat.

”De Bruyne memberitahu, dia dan isterinya melakukan isolasi sendiri selepas anaknya jatuh sakit bulan lalu yang menyebabkan dia tidak pulang ke kampungnya di Belgium.

“Saya telah berada di rumah selama dua minggu. Pada mulanya, anak dan isteri tidak sihat yang membuatkan saya sangat risau… tetapi kini semuanya sudah baik.

“Ia mengambil masa lapan hingga sembilan hari… tetapi kini mereka sudah sihat. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Orang tanya saya mengapa tidak pulang ke Belgium. Ia adalah kerana saya melakukan isolasi sendiri di rumah. Saya tinggal di sini bersama isteri dan anak-anak.” – eurosport.com

Kevin De Bruyne

Artikel Lain

Shamsul Anuar letak jawatan menteri