suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab liga di Nigaruaga antara tiga negara teruskan perlawanan bola sepak

Pemain-pemain Diriangén memakai topeng muka ketika perlawanan liga. Foto.Diriangén

KELAB Diriangen yang kini berada di tangga ketiga Liga Primera akan bertemu dengan Walter Ferretti diberi peluang menggunakan topeng muka ketika beraksi.

Nicaragua antara tiga negara termasuk Belarus dan Burundi yang masih meneruskan aksi liga masing-masing biarpun liga kelab dunia lain sudah menangguhkan perlawanan susulan penularan Covid-19.

“Pemain-pemain saya tidak mahu bermain. Mereka takut sangat takut dan kami faham.

“Kami mahu menggantung perlawanan tetapi semua kelab lain telah mengundi majoriti supaya aksi diteruskan,” jelas Pengurus Besar Diriangen Sergio Salazar.

Covid-19 menjadi isu kesihatan global setakat ini yang menyaksikan aktiviti bola sepak dunia terpaksa ditangguhkan. – The Guardian

Artikel Lain