suria

“Kehadiran Neymar adalah penting, tapi pemain lain boleh ganti tempatnya” - Jurulatih Brazil

Brazil mengakui ada pemain lain yang boleh menggantikan posisi Neymar.

NEYMAR masih menjadi tunggak utama di bawah skuad kendalian Tite, namun jurulatih tidak gusar untuk anak buahnya turun beraksi tanpa kelibat bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Tite memberitahu bahawa prestasi kemuncak Neymar adalah ketika di Barcelona sebelum dia berpindah ke PSG pada 2017."Neymar adalah penting, tapi boleh diganti oleh pemain lain.

"Prestasi terbaiknya adalah ketika di Barcelona. Pada waktu itu, hanya Messi dan Ronaldo sahaja yang berada di atasnya.

"Saya tidak nampak pemain lain seperti Hazard, Griezmann atau Pogba bermain sebagus Neymar pada waktu itu," ujar Tite.

Brazil membuktikan mereka masih unggul untuk juara meskipun tanpa Neymar yang cedera buku lali sebelum kejohanan Copa America bermula pada tahun lalu.

"Copa America adalah sangat penting bagi kami, lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.

"Neymar terpaksa diketepikan beberapa hari sebelum pertandingan bermula akibat kecederaan ketika diturunkan bertemu Qatar dalam sebuah perlawanan persahabatan.

"Ia ternyata menjadi satu tamparan hebat buat kami apabila berdepan Argentina yang mempunyai Messi, Uruguay yang menurunkan Edinson Cavani dan Luis Suarez manakala Colombia dengan bintang mereka, James Rodriguez.

"Kehadiran Neymar di atas padang semestinya dapat menarik perhatian penonton dengan skil individu dan corak permainan yang ditunjukkannya adalah sangat menarik," tambah Tite.

Desas-desus kuat mengatakan bahawa pemain berusia 28 tahun itu akan kembali ke Barcelona selepas dua musim yang mengecewakan di kota Paris selepas kerap dilanda masalah kecederaan. - AS

Neymar, Brazil, PSG

Artikel Lain