Covid-19: Polis tahan penyerang Everton gara-gara langgar perintah berkurung

Bintang kelahiran Senegal itu menyertai Everton dari Lokomotiv Moscow pada 2016.

PENYERANG Everton, Oumar Niasse ditahan oleh pihak polis kerana melanggar perintah berkurung yang diarahkan oleh kerajaan.

Penyerang yang berusia 29 tahun itu yang sedang memandu kereta Mercedes ditahan pihak polis bersama seorang rakan dan dua gadis di dalam keretanya.

Pegawai polis yang menahan kereta yang dipandu Niasse ingin mengetahui destinasi yang ingin dituju oleh pemain bola bersama rakan-rakannya.

"Anda sebagai pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, telah membahayakan nyawa orang lain. Sangat memalukan!"

Saksi kejadian memberitahu bahawa mereka terkejut apabila Niasse yang keluar daripada tempat duduk pemandu.

"Kita tidak sepatutnya berkumpul lebih daripada dua orang di tempat awam. Mereka buat apa yang mereka inginkan tanpa fikir akan orang lain.

"Pegawai polis kelihatan curiga dengan tindakan mereka dan sangat marah akan perbuatan yang dilakukan oleh Niasse," beritahu saksi.

Berdasarkan kesalahan yang dilakukan, Niasse boleh didenda sebanyak £30 (RM159) kerana melanggar perintah berkurung tanpa alasan yang munasabah.

Bintang kelahiran Senegal itu menyertai Everton dari Lokomotiv Moscow pada 2016.

Niasse telah menjaringkan lapan gol dalam 31 penampilan buat The Toffees. - The Sun

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain